Saturday, 22 March, 2025
HomeRakyatDATANG PUKUL 3 MASIH BOLEH MAKAN KAMBING - PENGUNJUNG

DATANG PUKUL 3 MASIH BOLEH MAKAN KAMBING – PENGUNJUNG

Berbeza dengan suasana Majlis Aidilfitri MB dan Kerajaan Negeri Perlis tahun lalu, pengunjung yang hadir kali ini masih dapat menikmati hidangan istimewa yang disediakan meskipun hadir lebih lewat daripada waktu kemuncak.

Difahamkan 20 ekor kambing dan 4 ekor rusa disediakan untuk menu kambing dan rusa golek untuk pengunjung Majlis Aidilfitri kali ini.

Menurut YAB Menteri Besar Perlis, berdasarkan jumlah makanan yang disediakan, jangkaan pengunjung yang hadir ialah sekitar 40,000 orang.

Sebanyak 36 agensi negeri dan Persekutuan yang terlibat menyediakan 100 menu juadah menarik buat tetamu hadir seawal 10 pagi sehingga 4.30 petang.

Dalam pada itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid turut berkenan hadir ke majlis berkenaan serta bergambar bersama rakyat yang hadir.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Disamping itu, seramai 1500 orang kanak-kanak yang hadir turut diraikan dan menerima sumbangan duit raya disampaikan oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan negeri dan persekutuan serta kepada seluruh pengunjung yang hadir menyerikan majlis pada hari ini,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments