Sunday, 16 March, 2025
HomeMakluman aktivitiLEBIH 100 MENU BAKAL DISEDIAKAN DALAM MAJLIS AIDILFITRI MB PERLIS

LEBIH 100 MENU BAKAL DISEDIAKAN DALAM MAJLIS AIDILFITRI MB PERLIS

“Paling istimewa rusa golek dan kambing golek”

Demikian respon YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli ketika ditanya berkenaan menu istimewa Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis di Konti Perlis fm dalam sesi promosi majlis tersebut, di sini, petang tadi.

Kata beliau, 100 menu akan tersedia melibatkan agensi dan jabatan kerajaan yang merangkumi 13 gerai di bawah jabatan kerajaan negeri dan 7 buah gerai di bawah jabatan persekutuan.

“Tahun lepas kita jangka kehadiran sekitar 15,000 orang, tapi kehadiran hampir 30,000. Jadi tahun ini kita jangka dalam kadar yang sama dan mudah-mudahan lebih 30,000,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kesediaan untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah.

“Tunggu sampai dapat duit raya baru balik,” katanya.

Persiapan Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis dikatakan sudah mencapai 80 peratus.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai hadir ke Dewan 2020, Kangar pada Sabtu ini dengan semangat silaturahim sesama rakyat dan pimpinan.

Majlis akan berlangsung bermula 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments