Sunday, 20 July, 2025
HomeAgamaPERLIS SERIUS LAKSANA KEMPEN JOM SOLAT

PERLIS SERIUS LAKSANA KEMPEN JOM SOLAT

Anak perantau yang pulang menyambut Aidilfitri di Perlis baru-baru ini dapat menyaksikan sendiri kesungguhan Kerajaan Negeri menjayakan kempen Jom Solat (Hayya Ala Solah) apabila mereka melihat papan-papan iklan kempen dinaikkan di sekitar negeri.

Kempen yang dilancarkan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada November lalu bertujuan mengajak masyarakat sentiasa mengutamakan solat fardu lima waktu dalam urusan seharian.

Ia menjadi penanda aras penting bahawa pihak Kerajaan Negeri sangat prihatin dan mengambil berat urusan akhirat rakyatnya.

Iklan Kempen Jom Solat dinaikkan di empat lokasi papan iklan milik Majlis Perbandaran Kangar (MPK) iaitu papan iklan Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis, papan iklan berhadapan Hospital KPJ Kangar, papan iklan hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin dan papan iklan berhampiran ‘flyover’ Batas Liku, Arau.

Orang ramai meninggalkan respon yang positif di media sosial antaranya menyatakan ucapan tahniah dan syukur atas kempen yang dijalankan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments