Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara menganjurkan Majlis World #QURANHOUR Peringkat Negeri Perlis kelmarin.
Surah Al-Jumu’ah telah dipilih untuk dibaca dan dibahaskan dalam tempoh satu jam bermula 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang secara serentak di seluruh negara pada 4 April lalu.
YB Muhammad Azmir Azizan, EXCO Hal Ehwal Agama hadir merasmikan program di Masjid Tuanku Syed Faizudddin Putra Jamalullail, Batu 5.
“al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW yang masih kekal sehingga ke hari ini. Ianya menjadi panduan utama bagi seluruh umat Islam di muka bumi ini,” ujarnya.
Turut hadir dalam program tersebut, YB Wan Badariah Wan Saad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis serta YB Razali bin Saad EXCO Pertanian.