Seramai 774 orang Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) dari seluruh Negeri Perlis menerima saguhati daripada kerajaan negeri.
Serahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli di Dewan 2020, Kangar, di sini, hari ini.
387 orang Pengerusi MPKK menerima saguhati berjumlah RM 200 setiap orang manakala 387 Setiausaha mendapat sejumlah RM 150 setiap orang.
Keseluruhan peruntukan bagi saguhati tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 135,450.