Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli menyediakan kad raya sempena Aidilfitri yang bakal tiba untuk membalas kiriman dari kenalan serta masyarakat umum.
“Walaupun kiriman ucapan raya sekarang sudah ramai yang beralih secara digital, kad raya secara fizikal ini akan membuatkan kita rasa lebih diingati dan dihargai”
Beliau secara peribadi menerima sejumlah 40 keping kad ucapan Hari Raya Aidilfitri termasuk dari kanak-kanak sekolah rendah.
Apa yang lebih menarik, kad-kad raya tersebut diterima dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Berikut ialah pantun yang tersemat dalam kad raya daripada YAB Menteri Besar Perlis:
Tangan dihulur maaf dipinta,
Eratkan ukhwah sesama kita;
Semoga gembira di hari yang mulia,
Syawal dirai syukur pada-Nya.