80 orang asnaf di Mata Ayer telah menerima sumbangan sempena Program Sentuhan Kasih Ramadan DUN Mata Ayer di Surau Dato’ Kayaman petang kelmarin.
Sumbangan disampaikan sendiri oleh ADUN Mata Ayer, YB Wan Badariah Wan Saad, merangkap EXCO Pelancongan Negeri Perlis.
8 komuniti yang terlibat untuk penyerahan kelmarin adalah Simpang 3 Dato’ Kayaman, Taman 20, Perawah, Dato’ Kayaman, Ngulang Selatan, Ngulang Utara, Oran dan Baroh.
Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung dari 8 komuniti tersembut mengemukakan 10 penerima dari komuniti masing-masing bagi menerima sumbangan sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.
“Kita akan adakan majlis ini pada Jumaat dan Isnin depan untuk MPKK yang lain,” ujar YB Wan Badariah selepas majlis tersebut.