Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumKUTIPAN FI PLASTIK MASUK TABUNG AMANAH MPK

KUTIPAN FI PLASTIK MASUK TABUNG AMANAH MPK

Mulai 1 April 2024, semua premis yang termasuk dalam 8 kategori premis perniagaan yang terlibat dalam Program Hari Tanpa Beg Plastik akan mengutip fi sebanyak RM 0.50 (50 sen) setiap satu beg plastik yang diberi kepada pelanggan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Melalui penguatkuasaan Undang-Undang kecil Fi Plastik (Majlis Perbandaran Kangar) 2024 ini, kutipan fi tersebut akan disalurkan ke dalam Akaun Amanah seliaan MPK.

Wang terkumpul akan digunakan untuk tujuan kempen kesedaran dan program berkaitan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar yang bersesuaian.

Menurut YB Asrul Aimran Abd Jalil, Program Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis merupakan usaha kerajaan negeri dan MPK untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dalam kalangan rakyat demi menjamin kelestarian alam sekitar.

“Fasa 1 program ini telah mula dilancarkan sejak 29 Februari 2020 lagi. Cas RM 0.20 (20 sen) dikenakan atas permintaan setiap beg plastik sekali guna pada setiap hari Sabtu,” ujar beliau yang merupakan EXCO Kerajaan Tempatan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments