Sunday, 20 July, 2025
HomeKomunitiPEMBAZIRAN MAKANAN TURUN SEBANYAK 3.71 PERATUS

PEMBAZIRAN MAKANAN TURUN SEBANYAK 3.71 PERATUS

Menurut YB Asrul Aimran Abd Jalil, Perlis tahun ini berjaya menurunkan peratus janaan sisa makanan hasil perniagaan sebanyak 3.71 peratus berbanding 2023.

Beliau yang merupakan EXCO Kerajaan Tempatan berkata rekod menunjukkan pengurangan sebanyak 68.67 tan janaan sisa makanan berjaya diselamatkan berbanding 1,851.12 tan pada tahun lepas.

“Ini merupakan kejayaan hasil usaha agensi-agensi yang bersama menggerakkan kempen ini,” ujar beliau dalam program Kongsi Rezeki sempena Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Bulan Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Arau, baru-baru ini.

“Sukarelawan daripada Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Perlis berjaya menyelamatkan lebih 200 kilogram makanan dari Bazar Ramadan Persiaran Wawasan dan Bazar Ramadan Arau dalam tempoh 3 hari dan edarkannya pada mereka yang memerlukan,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, pelbagai jenis makanan selamat dari dibazirkan sepanjang tempoh program dan yang paling banyak daripadanya ialah lebihan air minuman.

Mengulas mengenai program pada hari tersebut, beliau menyarankan orang ramai menggunakan mangkuk tingkat bagi mengurangkan penggunakan plastik sekali guna.

“Tahun lepas pun YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli ada buat kempen guna mangkuk tingkat untuk beli makanan di bazar ramadan,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments