15 buah Maahad Tahfiz Perlis menerima sumbangan berjumlah RM 1000 setiap satu daripada Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Perlis (PERMALIS) dalam program Himpunan Tahfiz Perlis di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan tersebut beserta plak kenangan dan sijil penghargaan kepada wakil pihak pengurusan 15 buah tahfiz yang hadir.
Menurut Ustaz Rohim Khamis, sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan dan infak yang diterima oleh pihak persatuan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Majlis turut memberi penghrmatan dan anugerah kepada Almarhum Ustaz Ku Abdullah bin Ku Jusoh sebagai Tokoh al-Quran serta Ustaz Hj Hashim bin Othman Al Hafiz sebagai Tokoh Huffaz.
Majlis turut menerima kehadiran YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli, YB Speaker Dewan Undangan Negeri, Tuan Rus’sele Eizan, EXCO Agama, YB Muhammad Azmir Azizan serta YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau.