Kerajaan Negeri Perlis melancarkan Program Hari Tanpa Beg Plastik Peringkat Negeri Perlis Fasa ke-3 di Pasaraya Giant, Kangar semalam.
Fi 50 sen akan dikenakan bagi setiap helai beg plastik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 1 April 2024. Fasa sebelum ini, fi 20 sen dikenakan kepada pembeli pada Sabtu dan Ahad.
Program telah mula dilancarkan pada 29 Februari 2020 melibatkan 8 kategori premis perniagaan iaitu pasaraya besar, pasaraya, gedung serba serbi dan kedai mudah beli.
Selain itu, ia juga melibatkan restoran makanan segera, kedai mudah beli stesen minyak, kedai rantaian serta farmasi.
“Kerajaan Negeri turut meluluskan Undang-Undang Kecil Fi Plastik 2024 di bawah Majlis Perbandanran Kangar mulai 1 April,” kata YB Asrul Aimran, EXCO Kerajaan Tempatan dalam Sesi Walkabout Program Hari Tanpa Beg Plastik tersebut.
Melalui undang-undang tersebut, kutipan fi yang dibayar akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah yang diselia oleh Majlis Perbandaran Kangar.