Monday, 16 June, 2025
HomeKebajikanMAJLIS IFTAR PKAYPs BERJAYA KUTIP RM 56,802 UNTUK ANAK YATIM

MAJLIS IFTAR PKAYPs BERJAYA KUTIP RM 56,802 UNTUK ANAK YATIM

“Sumbangan tuan puan akan digunakan untuk melengkapkan keperluan dan fasiliti setelah siap baik pulih bangunan kelak.”

Demikian ucapan YABhg Puan Najwa Othman, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) dalam Majlis Berbuka Puasa Amal Bersama Anak Yatim PKAYPs, di Dewan Warisan, Kangar, semalam.

Ujar beliau lagi sumbangan tersebut turut akan digunakan untuk pengurusan anak-anak PKAYPs yang dijangka bakal menerima penambahan penghuni selepas Jun tahun ini.

Dalam majlis tersebut, PKAYPs menerima jumlah sumbangan RM 20,000 daripada Dr. Mohd Syukri Ahmad Sudari, RM 8,500 daripada Yayasan TM, RM 5,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta daripada Kelab Bikers Perlis sebanyak RM 302.

Dalam pada itu, kutipan sumbangan daripada jualan meja dalam majlis berbuka tersebut berjaya mengumpul dana berjumlah RM 23,000.

Menurut beliau, sejak 1995 siap dibina dan mula beroperasi, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah Jejawi Dalam tidak pernah dilakukan sebarang baik pulih secara major atas faktor kewangan.

Justeru, dengan kerjasama JKR, proses baik pulih secara major mula dilakukan pada pertengahan tahun lepas. Bumbung, tandas, dewan makan, asrama, perpustakaan, bilik prep dan surau telah dibaik pulih untuk keselesaan anak-anak PKAYPs.

Keseluruhan proses baik pulih ini dijangka siap dan dapat digunakan pada bulan Jun tahun ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments