Monday, 16 June, 2025
HomeAgamaIFTAR SANTAI MINI PUTRAJAYA : 300 PENUHI RUANG LEGAR KOMPLEKS DUN

IFTAR SANTAI MINI PUTRAJAYA : 300 PENUHI RUANG LEGAR KOMPLEKS DUN

Meskipun dilanda hujan lebat, 300 orang pengunjung tetap meneruskan niat menyertai Majlis Iftar Santai @ Mini Putrajaya di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, petang tadi.

Orang ramai yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan mula memenuhi ruang legar Tingkat 1, Kompleks DUN sekitar jam 6.30 petang.

Rancangan asal pihak kerajaan negeri untuk menganjurkan majlis di Dataran Kompleks DUN terpaksa diubah ekoran hujan lebat mula turun di Kangar seawal jam 5.00 petang.

Namun begitu, program tetap berlangsung seperti biasa dengan persembahan alunan al-Quran oleh Adik Muhammad Aqeef dan Adik Muhammad Suhail sebelum masuk waktu berbuka puasa.

Selesai majlis berbuka puasa, para hadirin langsung mendirikan Solat Maghrib, Isyak serta Solat Tarawih secara berjemaah di ruang legar bahagian hadapan Tingkat 1, di sini.

Turut hadir dalam majlis, YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak melepaskan peluang membawa keluarga dalam majlis ini.

Selain itu, turut hadir dalam majlis, Ahli Parlimen Arau merangkap Mantan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim bersama isteri.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments