Sunday, 20 July, 2025
HomeKebajikanHANYA ILMU MAMPU UBAH MASA DEPAN - MB PERLIS

HANYA ILMU MAMPU UBAH MASA DEPAN – MB PERLIS

“Saya harap anak-anak belajar bersungguh-sungguh sebab hanya dengan ilmu dapat merubah masa depan”

Demikian harapan yang diluahkan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli dalam Majlis Berbuka Puasa Amal Bersama Anak Yatim PKAYPs, di Dewan Warisan, Kangar, semalam.

Tambah beliau, ia juga merupakan harapan besar buat seluruh rakyat Perlis dalam memperbaiki nasib keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Dalam majlis tersebut, beliau sempat beramah mesra dengan 25 orang anak-anak yatim dari PKAYPs yang menetap di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi Dalam.

Selain itu, anak-anak tersebut turut menerima duit raya sumbangan Yayasan TM yang disampaikan oleh Encik Yusof Omar, Pengurus Besar Regulatory & Engagement, TM Kedah Perlis.

Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Speaker DUN, Tuan Rus’sele Eizan, Ahli Parlimen Arau merangkap Mantan MB Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim serta Ahli Parlimen Kangar, Tuan Zakri Hassan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments