ADUN Mata Ayer, YB Wan Badariah Wan Saad baru-baru ini menyampaikan sumbangan wang tunai kepada wakil-wakil jawatankuasa masjid dan surau dalam DUN Mata Ayer.
Sumbangan disampaikan bertujuan membantu pihak masjid dan surau menampung perbelanjaan yang berlipat ganda berbanding bulan-bulan lain.
“Masjid dan surau yang melaksanakan program iftar dan moreh sempena Ramadan pasti memerlukan belanja yang lebih dalam bulan ini,” ujar beliau.
Wakil-wakil jawatankuasa dari 5 buah masjid dan 5 buah surau dijemput hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer di Kampung Hutan Temin bagi menerima sumbangan tersebut.
Selain itu, mereka turut mengambil peluang menyampaikan aduan dan isu yang timbul di masjid dan surau terutamanya sepanjang tempoh awal Ramadan.