Meskipun dalam kekangan masa dan kesihatan, YB Wan Badariah Wan Saad, ADUN Mata Ayer tidak lupa untuk meluangkan masa menziarahi para petugas beruniform di sekitar DUN Mata Ayer, Jumaat lalu.
Beliau hadir bersama Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer menyampaikan sumbangan kurma kepada anggota kesihatan di Klinik Kesihatan Kampung Gial.
Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anggota polis di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Arau serta Balai Polis Mata Ayer.