YB Datin Marzita Mansor, ADUN Sena turun ke Pasar Besar Sena menyantuni para peniaga di sana pada Rabu lepas.
Beliau turun bersama Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sena melawat semua peniaga disamping menyampaikan sumbangan buah kurma untuk berbuka puasa.
“Kami turun untuk santuni para peniaga di sini. Ada juga yang ambil kesempatan menyampaikan luahan hati mereka,” ujar beliau.
Rata-rata peniaga yang disantuni menghargai keperihatinan YB Marzita yang acap kali kelihatan muncul di kawasan pasar tersebut.