Sunday, 16 March, 2025
HomeAgamaJANGAN BIAR NAMA ALLAH DIGUNA SEWENANGNYA - MB PERLIS

JANGAN BIAR NAMA ALLAH DIGUNA SEWENANGNYA – MB PERLIS

Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan Seminar al Quran: Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat yang di Masjid Alwi, Kangar, semalam.

Seminar yang telah masuk tahun kedua penganjurannya ini mengangkat tema ilmu qiraat bagi memberi pendedahan berkenaan kaedah bacaan al-Quran bersanad yang diriwayatkan sehingga kepada Rasulullah S.A.W.

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli hadir menyampaikan ucapan perasmian beliau bersama EXCO Hal-Ehwal Agama, YB Muhammad Azmir Azizan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan hubungan Ramadan dan alQuran sepatutnya menjadikan masyarakat lebih banyak membaca, memahami dan mengamalkan alQuran dalam bulan yang mulia ini.

“Kita mengetahui bahawa al-Quran yang mulia telah diturunkan kepada Nabi kita yang mulia iaitu
Muhammad S.A.W, dalam bulan Ramadan yang mulia,” ujar beliau.

“Meletakkan peringkat kemuliaan itu adalah hak Allah dan kita sebagai hambaNya hanya perlu terus meninggikan segala hak Allah di atas muka bumi ini.

Mengulas isu kalimah Allah, beliau turut menegaskan kewajipan kita untuk mempertahankannya tatkala wujud satu golongan yang cuba mempermainkan kalimah tersebut.

“Jangan biarkan nama Allah diguna sewenang-wenangnya dan kita wajib mempertahankan kemuliaan Allah ini jika ada pihak yang dengan mudah menggunakan kalimah Allah tanpa ada pertimbangan”

Seminar ini berjaya menghimpunkan seramai 250 orang peserta dari kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) serta orang ramai.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments