Saturday, 22 March, 2025
HomeKebajikanTITI TINGGI SEDIA BAJU RAYA UNTUK KANAK-KANAK

TITI TINGGI SEDIA BAJU RAYA UNTUK KANAK-KANAK

YB Izizam Ibrahim, ADUN Titi Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titi Tinggi menyediakan hampir 300 pasang pakaian raya kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.

Menurut beliau, ia terbuka kepada orang ramai namun keutamaan akan diberikan kepada anak yatim serta kanak-kanak daripada keluarga asnaf.

Masyarakat yang layak boleh mula hadir ke PKWR Titi Tinggi yang terletak di Pekan Padang Besar bermula jam 2.00 petang, 21 Mac 2024.

“Atas faktor jumlah pakaian yang tak berapa banyak, kita mula dengan had 2 orang anak bagi setiap satu keluarga dahulu,” ujar beliau.

Selain itu, ibubapa atau waris kepada kanak-kanak yang hadir diingatkan untuk membawa MyKid atau Sijil Lahir sebagai rekod kepada Pegawai Pusat Khidmat yang bertugas.

“Kita buat program ini dah masuk tahun kedua. Tahun lepas kita berjaya serah sumbangan baju raya ini sekitar 400 pasang kepada kanak-kanak di DUN Titi Tinggi ini,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments