ADUN Tambun Tulang, YB Wan Zikri Afthar Ishak dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) beliau mengadakan Projek Baju Raya khas buat rakyat di Tambun Tulang.
Projek berkonsepkan amal jariah secara kolektif berbentuk pengumpulan pakaian terpakai seperti baju melayu, baju kurung, kemeja, tudung atau apa-apa jenis pakaian yang sesuai.
“Kita harap mereka yang hendak menyumbang baju raya mestilah dalam keadaan baik dan bersih serta diasingkan mengikut jenis pakaian di dalam plastik berlainan,” ujar beliau.
Kata beliau lagi, projek ini bertujuan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan supaya mereka boleh mendapatkan baju raya secara percuma.
Fasa pengumpulan sudah mula dijalankan di PKWR Titi Tinggi, Titi Chai sejak 20 hingga 28 Mac dan orang ramai yang berkeperluan boleh mula mengambil pakaian tersebut pada Jumaat, 29 Mac 2024.
Projek Baju Raya anjuran ADUN merangkap EXCO Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kretif ini telah masuk tahun kedua dengan rekod sekitar 800 orang penerima manfaat daripada projek ini tahun lalu.