Program pertama sempena Ihya’ Ramadan 2024 Kerajaan Negeri Perlis bakal dimulakan dengan program Solat Tarawih YAB MB & YB-YB Bersama Rakyat.
Bagi Parlimen Padang Besar, program akan diadakan di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping pada Jumaat, 22 Mac 2024 bersamaan 11 Ramadan 1445H.
Program bakal dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli, EXCO Hal-Ehwal Agama, YB Muhammad Azmir Azizan serta ADUN Chuping, YB Saad Seman.
Program tersebut turut mengundang seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ADUN-ADUN dari seluruh negeri.
Orang ramai dijemput hadir menyertai program yang diadakan.