Sunday, 20 July, 2025
HomeSukanLTDL 2024 : ARAU DIPILIH SEBAGAI LOKASI MULA PENTAS KE-2

LTDL 2024 : ARAU DIPILIH SEBAGAI LOKASI MULA PENTAS KE-2

Le Tour de Langkawi 2024 kembali menampilkan Perlis sebagai laluan perlumbaan selepas Arau dipilih menjadi lokasi permulaan Pentas ke-2.

Perlumbaan tersebut bakal membawa para pelumba menempuh perjalanan sejauh 154.5km dari Arau hingga ke Butterworth, Pulau Pinang.

Mengikut jadual rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, Arau bakal menjadi hos permulaan perlumbaan pada Isnin, 30 September 2024 kelak.

Pertandingan edisi ke-28 yang dijangka menjadi perlumbaan paling mencabar dalam sejarah perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia itu kembali menyenaraikan Langkawi dan Sarawak sebagai hos pertandingan.

Kali terakhir Perlis menjadi vanue acara tersebut ialah pada tahun 2018 apabila Padang Majlis Perbandaran Kangar menjadi lokasi permulaan Pentas Pertama perlumbaan.

Dalam pada itu, YB Wan Zikri Afthar, EXCO Belia & Sukan Perlis hadir dalam Majlis Pelancaran Le Tour De Langkawi 2024 bertempat di Majlis Sukan Negara, semalam.

Majlis dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments