150 orang anak-anak yatim dari seluruh Negeri Perlis menerima sumbangan wang tunai daripada Persatuan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Perikatan Nasional Negeri Perlis (AZZAHRA), baru-baru ini.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Puan Najwa Othman, Pengerusi AZZAHRA yang juga isteri kepada YAB Menteri Besar Perlis di Dewan Residensi, Kediaman Rasmi MB Perlis, Bintong.
“Kami berharap dengan sedikit sumbangan yang anak-anak terima ini mampu memberi sedikit kecerian kepada semua,” ujar beliau dalam ucapannya.
Selain itu, keluarga anak-anak tersebut menerima sumbangan berupa makanan asas seperti beras, telur ayam serta minyak masak.