Sunday, 20 July, 2025
HomeKebajikanMB HANTAR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KUALA PERLIS

MB HANTAR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KUALA PERLIS

Awal Ramadan 1445H benar-benar menguji 3 buah keluarga dari Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis selepas rumah mereka musnah terbakar di sini, semalam.

Kejadian yang dipercayai berpunca dari litar pintas tersebut telah mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun melecur tahap 30 hingga 40 peratus dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Bomba Norazwan Hashim, rumah pertama musnah 90 peratus, manakala rumah kedua musnah 60 peratus.

“Di rumah pertama terdapat tiga kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang melecur itu manakala rumah kedua tiada penghuni ketika kejadian berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli hadir sendiri bersama agensi Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa, semalam.

Menurut beliau, 22 orang mangsa dari 3 keluarga tersebut menginap di Homestay Bonda buat masa ini dan bantuan dari agensi kerajaan akan digerakkan segera.

Turut hadir bersama beliau ialah EXCO Belia & Sukan, YB Wan Zikri Afthar serta ADUN Kuala Perlis, YB Abu Bakar Hamzah.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments