Sunday, 20 July, 2025
HomeKomunitiKAFE MUANG POLIT, PUSAT SEHENTI AR-REHLAH TAWAR PRODUK PERLIS

KAFE MUANG POLIT, PUSAT SEHENTI AR-REHLAH TAWAR PRODUK PERLIS

Para pelancong dari luar negeri hari ini sudah boleh mula mengunjungi Pusat Sehenti Ar-Rehlah bagi mendapatkan produk asli keluaran masyarakat Negeri Perlis.

Pusat sehenti yang dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis baru-baru ini terletak di Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang, Beseri.

Pusat sehenti tersebut mengumpulkan pelbagai jenis barangan termasuk produk makanan berasaskan harumanis seperti serunding ayam dan popcorn harumanis disamping kuih tradisional, hasil laut dan produk kraftangan.

Kesemua 124 produk yang ditawar di sini membabitkan seramai 32 usahawan dari Jabatan Pertanian Perlis, usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis serta dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perlis.

Selain itu, Kafe Muang Polit dibuka dalam pusat sehenti tersebut menyajikan menu sarapan pagi, masakan kampung, claypot dan steamboat dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.30 pada.

Apa yang lebih menarik, nama Muang Polit diambil sempena gelaran asal Negeri Perlis yang diberikan oleh Raja Rama III, ketika Perlis masih dalam jajahan Kesultanan Melayu Kedah pada kurun ke-19.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments