Sunday, 16 March, 2025
HomeAgamaIFTAR SANTAI 2024, RAKYAT DIJEMPUT BERBUKA DI MINI PUTRAJAYA

IFTAR SANTAI 2024, RAKYAT DIJEMPUT BERBUKA DI MINI PUTRAJAYA

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli telah melancarkan Program Ihya’ Ramadan 1445H Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar, baru-baru ini.

Menurut EXCO Hal-Ehwal Agama, YB Muhammad Azmir Azizan, program utama yang bakal dianjurkan ialah Iftar Santai @ Mini Putrajaya pada Jumaat, 29 Mac 2024, bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa secara santai bersama keluarga, seterusnya Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Antara acara menarik pada hari tersebut ialah persembahan bacaan al-Quran oleh 2 permata Perlis iaitu Adik Muhammad Suhail Ahmad dan Muhammad Aqeef yang muncul dalam Akademi Qurra, TV AlHijrah.

Selain itu, pihak kerajaan negeri bakal menganjurkan Solat Tarawih YAB MB dan YB-YB di 3 masjid terpilih di setiap parlimen dalam Perlis.

Bagi Parlimen Padang Besar, program akan diadakan pada Jumaat, 22 Mac 2024 di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping.

Bagi Parlimen Kangar dan Arau, program akan berlangsung di Masjid Saidina Umar al-Khatab, Guar Syed Alwi pada Sabtu,30 Mac 2024 dan Masjid Ibn Taimiyyah, Tambun Tulang pada Jumaat, 5 April 2024.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments