Sunday, 16 March, 2025
HomeKebajikan750 ASNAF TERIMA SUMBANGAN INFAQ RAMADAN

750 ASNAF TERIMA SUMBANGAN INFAQ RAMADAN

750 orang penerima sumbangan yang hadir dari seluruh 15 DUN Perlis diraikan dalam Majlis Sumbangan Infaq Ramadan 1445H oleh pihak kerajaan negeri di Dewan 2020, Kangar, di sini, hari ini.

Rata-rata penerima sumbangan yang hadir menyatakan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan Menteri Besar Perlis, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta barisan ADUN dan Pegawai Pusat Khidmat yang hadir.

Wakil rakyat dari semua DUN termasuk seorang ADUN pembangkang turut hadir ke program tersebut bagi meraikan asnaf yang menerima sumbangan.

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli dalam ucapannya berkata, sedikit sumbangan yang disampaikan pada hari ini diharapkan dapat membantu rakyat sedikit sebanyak bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Selain itu, beliau juga turut mengambil peluang mengajak seluruh rakyat berusaha meningkatkan amalan sempena kehadiran bulan Ramadan untuk lebih dekat dengan Allah dan Rasulullah.

Beliau juga turut menyatakan penghargaan kepada pihak Global Muslims in Need Foundation (GMINF) yang menaja sumbangan infak Ramadan berupa pek makanan pada hari ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments