Penduduk Guar Sanji tidak melepaskan peluang musim angin timur untuk mengadakan Pertandingan Wau Terbuka DUN Guar Sanji 2024 di Kampung Chermai, Jelempok.
Sebanyak 450 wau yang dipertandingkan berjaya dinaikkan selama dua hari bermula 9 hingga 10 Mac 2024 dengan rekod 70% penyertaan ialah dari rakyat Perlis.
Pertandingan anjuran Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung Cermai tersebut turut berjaya menarik minat pemain wau dari Negeri Kedah.
YB Ridzuan Hashim, ADUN Guar Sanji hadir bagi memeriahkan pertandingan disamping menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.