Seluruh Negeri Perlis akhirnya sah dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan ke-10 pada tanggal 7 Mac 2024.
Majlis pemasyhuran tersebut telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer.
Baginda bertitah dalam majlis tersebut mengingatkan pihak kerajaan negeri agar terus menggandakan usaha pembangunan Perlis Geopark untuk jangka masa panjang.
Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli.
Perlis sebelum ini telah dinilai oleh Jawatankusa Pelaksana Geopark Kebangsaan yang belangsung pada 4-7 September 2023 dan dinobatkan sebagai Geopark Kebangsaan pada 9 September 2023.