Sunday, 15 June, 2025
HomeKomunitiZIARAH MAHABAH JADI MEDIUM DEKATKAN MB DENGAN RAKYAT

ZIARAH MAHABAH JADI MEDIUM DEKATKAN MB DENGAN RAKYAT

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli meneruskan program Ziarah Mahabah Siri ke-6 pada Isnin lalu di DUN Simpang Empat.

Program diadakan di Dewan 1 Malaysia, Simpang Empat dihadiri sekitar 180 orang masyarakat tempatan bagi mendengar amanat YAB Menteri Besar disamping mengambil peluang bertemu sendiri kepimpinan negeri yang hadir.

Selain itu, para hadirin turut mengambil peluang bertanya soalan dan menyampaikan permasalahan yang dialami oleh mereka terus kepada pihak kerajaan negeri.
Beliau turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan hamper kepada golongan yang memerlukan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah ADUN Simpang Empat, YB Razali Saad serta CEO Syarikat Air Perlis, Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari bin Daud.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments