Pesta Angin Timur Perlis sekali lagi menempa sejarah dalam The Malaysia Book of Record setelah menganjurkan aktiviti Pembuatan Garam Belacan Perlis Teramai.
Acara tersebut melibatkan 1000 orang peserta dari pelbagai kaum seluruh Negeri Perlis pada hari kedua program bermula jam 5.30 petang, hari kedua pesta tersebut.
Sijil The Malaysia Book of Record telah diserahkan oleh wakil mereka kepada YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli semasa perasmian Pesta Angin Timur Perlis 2024.



