Saturday, 22 March, 2025
HomeSukanPERLIS HARGAI JASA ATLET HARUMKAN NAMA NEGARA

PERLIS HARGAI JASA ATLET HARUMKAN NAMA NEGARA

“Majlis ini ditujukan khas untuk menghargai anda semua, para atlet podium Negeri Perlis yang berjaya memenangi pingat dalam kejohanan sukan.”

Demikian ucapan YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli dalam Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis 2023, di Dewan Warisan, Kangar, di sini, semalam.

Beliau dalam majlis tersebut menyampaikan insentif kemenangan daripada pihak kerajaan negeri kepada atlet yang berjaya menempa nama semasa Sukan Asia & Para Asia Hangzhou 2022.

Mereka yang dimaksudkan ialah YBhg. Datuk Abdul Latif bin Romly, Lompat Jauh T20, (Pingat Emas), Anis Amira binti Rosdi, Berbasikal (Pingat Gangsa), Jariah binti Zakaria, Boling Padang B7(Pingat Gangsa) dan Noor Imanina binti Idris, Lontar Peluru Wanita F20, (Pingat Gangsa).

Selain itu, turut diraikan buat kali pertama barisan atlet pekak bisu Perlis yang berjaya mengharumkan nama negara di Kejohanan Olahraga Orang Pekak Asia Pasifik di Tehran Iran 2023. Atlet Zaiman Megat Abu dan Hazrul Shah Hamri berjaya mendapat 1 pingat emas dan 2 perak menerusi acara lompat kijang dan lompat jauh.

Selain itu, turut diadakan Pelancaran Road To SUKMA dan Para SUKMA 2024 Sarawak serta Pelancaran Tabung Sukan Negeri Perlis serta acara simbolik Tandatangan Kanvas Sokongan Atlet Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments